Thursday, February 17, 2011

Jom Ber-BBQ

Masa cuti raya cina aritu..
adik beradik aku semua ada..
so mak abah decide nk wat makan2..
bakar ayam, ikan dan sosej..
seronok sgt..
tapinyer.. aku lupe nk snap gambo.. huhu..

Pastu.. asben aku request..
nk buat kt umah mak dia pulak..
aku cakap ok aje..
but lepas aku abis exam la..

Then last week la kejadian BBQ nie..
aku perap ayam dan siang ikan talapia..
kawan abah aku ada kolam bela ikan talapia..
so dpt yg fresh punyer.. 
terus siang and perap dgn garam + lada hitam jew..
ayam tu aku perap ikut resepi kak wana..
cuma x de tairu/yogurt.. huhu..
aku perah lemon lebih skit..
sedap weh.. semua memuji.. alhamdulillah..
(x tau arr kot diorg puji sbb diorg kelaparan sgt.. hahaha..)

Kak wana.. izinkan zura CnP resepi ye.. TQ

Resepi Grilled Chicken in Spiced Yogurt
(adapted dari sumber asal :dari sini )

Bahan2nya:
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu (aku x boh)
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran  jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji  ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan  lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis (aku x boh)
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!
Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.



 So selamat mencuba pada yg teringin nk ber-BBQ tu..
perap ikut resepi tu..
mmg sedap..
tol dak kak wana.. ekeke..



anak2 sedara ku yg plg happy mlm tu..













No comments:

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...