Friday, October 14, 2011

Rancang Percutian Anda!

Salam..
Sekarang aku dh ON kan mode CUTI..
so jom kite cuti-cuti mesia..
tapi sebelum itu.. perlu ada perancangan agar percutian anda berjalan lancar..

Sumber : MaTiC

Cuaca
Di Malaysia, musim tengkujuh bermula pada bulan November dan berakhir pada pertengahan bulan Januari setiap tahun dan melanda negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pada musim tengkujuh, kebanyakan tempat di pantai timur, terutamanya di negeri Terengganu kurang meriah. Jika anda berkunjung ke sana samada untuk tujuan riadah atau perniagaan, sentiasa tenang dan senyum selalu kerana anda biasa dengan keadaan tersebut.

Jika boleh, elakkan untuk mengunjungi destinasi dan pulau-pulau di kawasan pantai timur di antara bulan November hingga Januari. Dalam kata lain, Malaysia boleh dinikmati pada bila-bila masa kerana cuacanya yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Cuti
Semasa cuti umum rasmi seperti perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina, anda boleh jangkakan bahawa kebanyakan besar pejabat-pejabat kerajaan akan ditutup sempena perayaan tersebut, sama seperti kedai-kedai dan restoran dan ini bergantung pada etnik pemilik kedai atau restoran itu. Boleh dikatakan banyak pusat membeli-belah dan pusat-pusat peranginan dan tumpuan ramai akan dipenuhi dengan orang ramai yang mengambil kesempatan di atas cuti umum ini.

Cuti umum
Dengan kepelbagaian etnik, tidak hairanlah jika hampir setiap bulan terdapat pelbagai sambutan perayaan yang berbeza. Maka tidak hairanlah jika perayaan-perayaan ini diisytiharkan sebagai cuti umum. Disebabkan kepelbagaian perayaan ini dari tahun ke tahun, maka sebelum merancang percutian ke Malaysia, silalah berkunjung ke mana-mana pejabat atau pusat penerangan pelancongan terdekat bagi mendapatkan nasihat tentang cuti

Cuti sekolah

Terdapat lima penggal cuti persekolahan di Malaysia di sepanjang tahun. Penggal-penggal tersebut adalah berbeza di antara negeri-negeri. Walaubagaimanapun kebanyakan sesi cuti persekolahan ini jatuh pada bulan Januari (1 minggu), Mac (2 minggu), Mei (3 minggu), Ogos (1 minggu) dan November – Disember (6 minggu).

No comments:

Kongsi Resepi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...